Selasa, 26 Julai 2011

13 di hulu terengganu - Google Blog Search

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


T E G A N U K I TA: Pelajar <b>Hulu Terengganu</b> ditawar belajar <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 23 Jul 2011 06:51 PM PDT

Oleh: Kamarudin Mat Akib


Mohd Firdaus Samsudin menunjukkan surat tawaran kemasukan ke Universiti Oxford. (Foto: Zulkipli CW Putra.)

Seorang pelajar yang berasal dari kawasan pedalaman mencipta sejarah apabila beliau ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di universiti terkemuka dunia, Universiti Oxford, akhir tahun ini.

Pelajar berkenaan, Mohd Firdaus Samsudin, 23, dari Kampung Kemat, Hulu Terengganu itu baru saja menamatkan pengajian peringkat ijazah di bidang Bioteknologi di Imperial College, London.

Kini bekas murid Sekolah Kebangsaan Kampung Kemat itu ditawarkan pula mengikuti pengajian peringkat sarjana dalam bidang Sains Biochemistry di Universiti Oxford.


Beliau yang pernah dinobatkan sebagai antara pelajar terbaik lulusan Sijil pelajaran Malaysia 2005 peringkat kebangsaan, amat terharu apabila menerima tawaran melanjutkan pelajaran di universiti berkenaan yang menjadi impian para pelajar dari seluruh dunia.

"Saya terima tawaran melanjutkan pelajaran di Universiti Oxford dan berazam untuk belajar dengan bersungguh-sungguh supaya mendapat kelulusan yang terbaik," katanya ketika ditemui Teganukita di rumahnya di Kampung Kemat, malam tadi.


Keluarga Mohd Firdaus sama-sama meneliti surat tawaran.

Beliau yang melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (Sesma) pada 2001 selepas mendapat 5 A dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), kini sedang bercuti dan menunggu majlis konvokesyen di Imperial College, selepas Hari Raya Puasa nanti.

Mohd Firdaus yang mendapat tajaan Yayasan Terengganu (YT) untuk mengikuti pengajian peringkat A Level di Kolej Yayasan UEM, Selangor dan Imperial College, turut ditawar melanjutkan pelajaran di bidang bioteknologi di Imperial College, tetapi dia sudah tekad untuk belajar di Universiti Oxford.

"Saya mengambil keputusan ini kerana taraf Universiti Oxford jauh lebih tinggi dan bukannya mudah untuk diterima masuk ke sana. Lagi pun belajar di Universiti Oxford merupakan impian ramai pelajar kerana lulusan universiti ini menjadi kebanggaan seluruh dunia," ujar anak kedua daripada empat beradik itu.

Mohd Firdaus amat bangga menjadi anak jati Terengganu dan berharap pelbagai kejayaan yang ditempanya sepanjang menjadi pelajar di negeri ini, akan dicontohi generasi pelajar tempatan.

"Semasa di sekolah banyak kem kecemerlangan diadakan hasil bantuan dana yang disalurkan kerajaan negeri. Pelajar negeri ini amat bertuah kerana banyak program diadakan di sekolah bagi membantu kecemerlangan pelajar, hasil sumbangan kerajaan negeri," katanya.

Sementara itu, bapa Mohd Firadus, Encik Samsudin Mamat, 61, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan negeri dan YT kerana banyak membantu anaknya melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi hingga ke luar negara.


Mohd Firdaus bergambar kenangan dengan ahli keluarga di rumah mereka di Kampung Kemat, Hulu Terengganu.

"Sewaktu masuk tingkatan satu, anak saya diberi bisiswa kecil dan setiap kali mendapat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan bermula dari UPSR hingga A Level, pihak YT akan memberi wang hadiah galakan.

"Selepas itu, anak saya ditaja oleh YT untuk melanjutkan pelajaran peringkat A Level selama dua tahun dan masuk pula universiti di luar negara, semuanya diatur oleh YT," katanya.

Bekas pesara Felcra itu mengakui tanpa bantuan yang berterusan daripada kerajaan negeri dan YT, anaknya tidak mampu melanjutkan pelajaran di luar negara dan mendapat kejayaan tersebut.

Beliau berkata, hanya Allah s.w.t saja yang mampu membalas jasa pemimpin kerajaan negeri Terengganu yang sentiasa memikirkan kaedah bagi membantu kebajikan pelajar dan berusaha meningkatkan kecemerlangan bidang pendidikan di negeri ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

13 di batu rakit - Google Blog Search

13 di batu rakit - Google Blog Search


Teganuku..segalanya <b>di</b> sini..: Asrama Darul Akhyar Mulakan Operasi <b>...</b>

Posted: 09 Jul 2011 07:11 PM PDT


Asrama Darul Akhyar kelolaan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam) Terengganu di Kampung Tanjung Kapal, Batu Rakit, di sini mula beroperasi dengan pengambilan kumpulan pertama seramai 98 pelajar.

Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, Wan Harujan Sulaiman berkata, asrama untuk anak yatim dan fakir miskin itu menelan kos RM4.3 juta dengan pembinaan dua blok asrama lelaki dan perempuan, kantin, surau dan rumah warden.

Katanya, asrama itu telah mengambil pelajar bermula dari tingkatan satu hingga empat dari seluruh negeri dan mereka telah ditukarkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Rakit, dekat sini.

"Semua kos operasi termasuk elaun tujuh kakitangan asrama, perbelanjaan setiap pelajar seperti yuran sekolah, tambang bas, duit saku ditanggung sepenuhnya oleh pihak Maidam.

"Pihak Maidam juga akan berusaha menambah baik prasarana seperti penyediaan perpustakaan, gelanggang sukan serta kawasan riadah bagi menjadikan Asrama Akhyar ini sebagai pusat pengajian dan kebajikan anak yatim yang terbaik," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu majlis kesyukuran pembukaan asrama itu di Batu Rakit, dekat sini semalam. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat yang juga Ahli Dewan undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit.

Wan Harujan berkata, seramai 44 pelajar lelaki dan 54 perempuan yang berjauhan dengan keluarga di Darul Akhyar itu diberi perhatian khusus terutama soal disiplin dan pencapaian akademik.

Katanya, pihak Maidam juga mengalu-alukan sekiranya terdapat pihak lain seperti badan korporat dan individu persendirian untuk hulurkan sumbangan bagi membantu mereka mendapatkan pendidikan yang terbaik.

"Begitu juga dengan badan bukan kerajaan (NGO) dan penuntut institusi pengajian tinggi turut dipelawa mengadakan pelbagai program bermanafaat di asrama ini.

"Untuk itu juga, Maidam akan turut jalinkan kerjasama dengan beberapa asrama anak yatim yang diuruskan oleh pihak lain kerana mereka lebih berpengalaman dalam perkara ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

13 di pulau perhentian - Google Blog Search

13 di pulau perhentian - Google Blog Search


JAZCERITERA: BERTEMU JERUNG <b>DI PULAU PERHENTIAN</b>

Posted: 22 Jul 2011 12:03 AM PDT

    Bertemu dengan sahabat lama adalah antara pekara yang paling dinanti - nanti oleh diri. Bayangkanlah hampir 5 bulan tidak bersua muka , berbual mengenai pelbagai pekara yang mendidik jiwa dan berkongsi cerita suka duka menyebabkan jiwa agak lesu sebentar. Jadi untuk meraikan pertemuan, aku mengatur hari untuk pergi ke Pulau Perhentian, Terengganu memandangkan sahabat Eda, Izad dan Aizat belum pernah merasai pengalaman "snorkeling". Agak payah juga mengatur pertemuan untuk percutian kali ini memandangkan masing - masing terikat pada komitmen yang ada, Alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Kebetulan pula abang Acatt ,teman abang aku membuka program "snorkeling" di sana, jadi segala urusan berkaitan diuruskan oleh abang Acatt. Terima kasih ye!

   Perjalanan mengambil masa kira - kira 9 jam, kami berempat bergerak pada hari dijanjikan. Kami menuju ke jeti Kuala Besut  dan menaiki bot hampir 20 minit menuju ke Taman Marin, Pulau Perhentian. Di jeti, abang Acat sudah sedia menanti  kunjungan kami dan ketika itu kelihatan riak air muka masing - masing teruja tatkala melihat kebiruan air laut. Allah adalah Maha Pencipta sebaik - baik kejadian dan aku kagum dengan keindahan Sang Pencipta. Selesai urusan penempatan bilik dan makan tengahari kami terus menuju pantai, teruja sekali kerana ini kali pertama aku melihat coral berdekatan dengan persisiran pantai. Senang cerita, depan bilik sudah boleh buat "snorkeling". Memang seronok dan agak mencuit hati melihat gelagat Eda, Izad dan Aizat yang agak cuak untuk membuat "snorkeling" buat kali pertama. Tetapi selepas itu, agak payah menarik mereka keluar dari pantai kerana terlalu asyik melihat taman laut. Aktiviti lain yang kami lakukan ialah berkayak, kami dapat melihat ikan, coral dan hidupan laut dari kayak kerana kejernihan air lautnya. Pada sebelah malam, kami  menikmati makan malam di persisiran pantai di temani lilin dan larut melihat ketenangan pulau jauh dari hiruk pikuk kota. Damai sekali....

    Esoknya awal pagi lagi , kami bangkit bersarapan dan ingin meneruskan aktiviti "snorkeling". Kali ini kami di bawa ke 5 lokasi yang berbeza oleh abang Acatt, iaitu "Taman Coral", Taman Nemo, melihat penyu, Air berani dan melihat Jerung. Tempat pertama yang di tuju ialah kawasan penyu, bukan di persisiran pantai tetapi di tengah lautan. Kami dapat melihat penyu berenang dan mencari makanan di sekitarnya. Walaupun begitu, air laut agak keruh disebabkan ribut yang melanda pada sebelah malam tadi menyebabkan penglihatan agak terbatas ketika itu. Kemudian kami menuju "Taman Coral" , di sana aku dapat berjumpa dengan pelbagai jenis hidupan laut seperti obor - obor , ikan todak dan ikan pelangi. Aku juga turut digigit ikan kecil  yang membersih sel -sel mati di kaki sekaligus dapat SPA percuma. Seterusnya kami menuju ke kawasan jerung, gerun tetapi pada masa yang sama amat sukar di percayai. Bayangkan kami bertembung dengan jerung yang tidak sampai 20 meter sahaja. Jerung di sini tidak menyerang manusia, mereka lebih gemar memakan tumbuhan - tumbuhan dan ikan kecil sahaja. Saiz panjang jerung boleh menjangkau  ketinggian lelaki dewasa. Satu informasi yang menarik, jerung gemar hidup di kawasan air yang bersempadan air sejuk dan air suam, pelik tapi benar kebesaran Allah tiada penghujungnya. Semasa aku menyelam di kawasan jerung, suhu air berubah -ubah sejuk dan panas dan kawasan sekitar kurang tekanan dari kawasan laut yang lain. Air berani adalah tempat tuju yang terakhir kerana sahabat kami, Eda di serang mabuk laut. Kami berehat di Air berani sambil melegakan kepenatan. Air berani ialah kawasan air mata air yang terletak di kawasan pantai. Airnya amat bersih dari air mineral , sejuk dan agak manis. Ia amat terkenal di kalangan pemudi kapal yang berhenti untuk medapatkan bekalan air minuman. Pelbagai pekara mistik  juga dikatakan di kawasan ini. Namun pada pemerhatian, kita haruslah saling menjaga adab pada makhluk kejadian tuhan. Kami tidak berkesempatan pergi ke "Taman Nemo" kerana bimbang dengan kesihatan Eda. Tiada rezeki di situ dan mungkin melambai kami untuk kembali lagi nanti.

      Disebabkan waktu yang suntuk, kami terus pulang menikmati makan tengahari dan berkemas untuk pulang. Kami menempuh hujan ribut untuk sampai ke jeti Besut. Pelbagai pekara bermain di fikiran dan perasaan takut melanda ketika itu dan Alhamdulillah akhirnya kami selamat sampai. Oh ya, jika kalian nak bercuti ke Pulau Perhentian dengan bajet yang murah, bolehlah menghubungi Abang Acatt di - 017 8873887. Jujurnya aku berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan. Satu pengalaman yang amat berharga, ianya terukir manis di dalam minda. Menghabiskan masa bersama - sama sahabat, bertekak dan saling menasihati adalah suatu  proses pengalaman yang hebat. Nanti kita jumpa dan gaduh lagi ye.
Hooray..Aku dah jumpa jerung!!!!!!!
"ANTARA HARTA YANG PERLU DIMILIKI DI DUNIA INI IALAH ILMU DAN SAHABAT , DI MANA IA MEMBERIKAN KAMU PADA PEKARA YANG BAIK"
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

13 di ajil - Google Blog Search

13 di ajil - Google Blog Search


SHOWME.COM.MY | Showme <b>di</b> Bengkel Membaiki Komputer & HP @ SMK <b>Ajil</b>

Posted: 22 Mar 2011 06:45 PM PDT

March 23, 2011 By: admin Category: Uncategorized

Semalam, 22/3/2011 (Selasa), kami telah ke SMK Ajil untuk mengadakan satu program iaitu program Sure Showme Siri 1 dan Siri 2. Bengkel Siri 1 merupakan Bengkel Pemasangan dan Membaikpulih Komputer. Manakala, Siri 2 merupakan Bengkel Pemasangan dan Membaikpulih Handphone. Program ini bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 1.00 tengahari.

Program ini berlangsung serentak di mana 30 orang pelajar untuk program membaiki handphone, manakala 30 orang untuk bengkel membaiki komputer.

Berikut merupakan gambar-gambar sepanjang bengkel berlangsung.

Kami, warga Institut Kemahiran Antarabangsa Showme mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga SMK Ajil, terutamanya kepada Cikgu Yassin dan Cikgu Irni Yunita, Kaunselor SMK Ajil kerana telah memberikan kerjasama yang sangat baik kepada pihak kami.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

13 di jabor - Google Blog Search

13 di jabor - Google Blog Search


iMBobo: Highway Karak menyeramkan?

Posted: 22 Jul 2011 11:00 PM PDT

Cerita yang akan anda baca sebentar lagi tidak ada kena mengena mereka yg masih hidup ataupun yang telah meninggal duniaa... Hari rabu lepas aku ke Terengganu utk satu urusan penting yg harus dilaksanakan.. Memandu Proton Iswara manual sgt melemahkan kaki kerana sudah biasa memandu auto.. sebenarnya ini kali pertama aku memandu jauh,, tp tidak keseorangan..aku ditemani menemani rakanku bersama 2 lagi saudaranya..ye..aku sorang je laki...... masa lalu kat hway karak, otak dah terpikir filem karak! tp relax je, sbb hari masih terang jam 4 petang masa tu..

gambar hiasan

Sedang asyik memandu, aku secara tiba2 sampai ke pekan karak ni, aku tak pasti sama ada pekan ini mesti dilalui oleh mereka yang ingin ke Terengganu atau tidak..dr maklumat yg aku terima, aku sudah tersilap jalan, jalan yg dilalui agak jauh...entah macam mana boleh kesana..tp semuanya ok..pekan tu ramai je org..tak tahu lah bila malam macam mana kn...

Lepas je karak, aku dah lega..kemudian berhenti seketika di masjid daerah Maran utk solat jamak. Kemudian teruskan perjalanan masuk pula hway jerenggau-jabor kalau tak silap..waktu agak gelap sikit sbb dah senja.. jalan pula tak berapa elok...

ok, nak pendekkan cerita, keesokkan harinya..aku jumpa member yg turut menggunakan hway jabor lewat jam 11 malam..perjalanan mereka lebih jauh kerana memandu dari melaka..kisahnya, mereka telah kemalangan di melaka. dan berlaku satu babak kejar mengejar sehingga negeri sembilan..fuh, sgt jauh..bila sampai hway jabor, rakan yg memandu terserempak dgn entiti bermuka buruk serta tiada kaki, dan berpakaian serba putih.. kaku dibuatnya..kereta mula terasa berat..bacaan al-quran tidak henti dipasang..

Ketika aku mendegar cerita dia, aku tersentak sebab aku ingatkan hway karak je...rupanya sampai jabor pun ada..memang banyak nyawa terkorban akibat kemalangan disana..syukur alhamdulillah aku selamat..

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

13 di pulau wan man - Google Blog Search

13 di pulau wan man - Google Blog Search


sajesukacerita: Antara Masjid Malaysia

Posted: 25 Jul 2011 07:44 PM PDT

File:MasjidBesi.jpg
Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, sebelum ini digelar Masjid Besi, ialah sebuah masjid yang terletak di Presint 3, Putrajaya, Malaysia. Masjid ini yang mula dibina sejak April 2004 siap sepenuhnya pada Ogos 2009 dan dibuka pada hari Jumaat, malam Awal Ramadan 1430H. Masjid ini dibina bagi menampung sekitar 24,000 penduduk dan penjawat kerajaan sekitar pusat bandar serta kawasan Presint 2, 3, 4 dan 18. Masjid ini yang mempunyai keluasan sekali ganda berbanding Masjid Putra, yang terletak kira-kira 2.2 km ke utara, bakal menjadi mercu tanda baru Putrajaya.

Masjid Putra terletak di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Masjid ini merupakan simbolik dan mercu tanda di Putrajaya.Pembinaan masjid ini bermula pada 1997 dan disiapkan dua tahun kemudian pada 1999. Masjid ini terletak bersebelahan dengan Perdana Putra, pejabat Perdana Menteri Malaysia dan bersebelahan dengan Tasik Putrajaya.

(Sumber: Daripada Wikipedia, Ensiklopedia Bebas.)

Full Feed Generated by
Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

13 di dungun - Google Blog Search

13 di dungun - Google Blog Search


KELAB GREENBOC: Waran Tangkap Pembantu Taska <b>Di Dungun</b>

Posted: 05 Jul 2011 05:00 AM PDT

Dungun - Seorang pembantu taska menghadapi satu waran tangkap kerana kegagalannya hadir pada perbicaraan membabitkan dakwaan kes jenayah syariah yang dikenakan ke atasnya dan pasangannya di Mahkamah Rendah Syariah, pagi semalam.

Tertuduh, Norfazilah Che Mat Zin, 19, beralamat di Kampung Sura Tengah gagal hadir perbicaraan tanpa sebarang makluman kepada pihak mahkamah selepas dia bersama pasangannya, Wan Mohd Amirul Shafiq Wan Ibrahim, 20, didakwa mengikut Seksyen 29(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001 kerana kesalahan perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan.

Mengikut fakta kes yang dibentangkan pihak pendakwa raya, ketika serbuan dilakukan pihak penguat kuasa syariah kira-kira jam 10.55 malam di rumah sebuah rumah di sini, pintu rumah dibuka oleh seorang lelaki yang hanya memakai tuala manakala pemeriksaan lanjut mendapati tertuduh berada dalam bilik di atas tingkat rumah dalam keadaan badan hanya tertutup dengan 'toto'.

Pasangan terbabit dalam keterangannya juga mengakui terlanjur sebelum serbuan itu dilakukan dan beberapa barang milik tertuduh dirampas sebagai bahan bukti.

Pasangan lelaki yang hadir menghadapi dakwaan terbabit bagaimanapun mengaku bersalah sebelum Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah menjatuhkan hukuman denda RM2,800 atau dua bulan penjara jika gagal menjelaskan denda.

Dalam kes berasingan pula, seorang pekerja spa di sebuah resort terkemuka didenda RM2,000 atau satu bulan penjara oleh mahkamah selepas dia didapati bersalah berkhalwat bersama pasangannya.

Normala Aziz, 27, berstatus janda ditahan penguat kuasa agama ketika berada bersama seorang lelaki yang bukan muhrimnya, Mohd Faizal Abu Bakar, 30, di sebuah rumah di Taman Rakyat Jaya, kira-kira jam 8.40 pagi 5 November 2010 lalu.

Mohd Faizal yang beralamat di Sungai Buaya dan Normala dari Kampung Binjai yang hadir tanpa diwakili peguam itu menjelaskan denda. -SH

0 comments:

View Comments/Post a Comment

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

13 di wakaf tapai - Google Blog Search

13 di wakaf tapai - Google Blog Search


Mr.Joe: bertugas <b>di</b> SMK <b>WAKAF TAPAI</b>......

Posted: 24 Jun 2011 10:21 PM PDT

ni beberapa gmbar aq mse dh blik...letih bro...fakhri sapa pecat bju batik..hahahaha

aq mmg gmbira r....bertugas kat smk wakaf tapai.....dapat jumpe awek2 cine...hahahaa.... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

di negeri terengganu - Google Blog Search

di negeri terengganu - Google Blog Search


KELAB GREENBOC: Kes PRU Ke 11 <b>Negeri Terengganu</b> Bukti Paling Besar <b>...</b>

Posted: 17 Jul 2011 06:00 PM PDT

Tuntutan-tuntutan yang dibuat oleh BERSIH adalah benar dan tulin kerana terdapat bukti-bukti yang nyata perjalanan pilihanraya negara ini penuh dengan penipuan.

Menurut Naib Presiden PAS Dato' Husam Musa, keputusan pilihanraya umum ke 11 (PRU ke-11) pada tahun 2004 di negeri Terengganu adalah bukti yang paling besar menunjukkan pilihanraya yang berlaku tidak adil dan tidak bersih.

Beliau berkata, statistik-statistik hasil PRU ke-11 bagi Terengganu adalah tidak masuk akal kerana pengundi bau bertambah sebanyak 62% merupakan yang tertinggi didunia.

"Hasil pilihanraya Terengganu (tahun) 2004 tidak masuk akal, pengundi baru bertambah 62%, paling tinggi dalam dunia, pengundi baru bertambah, pengundi Umno bertambah 62%,

"sedangkan undi PAS kalau dalam kes Besut hanya 8% seluruh negeri Terengganu hanya 5%, undi kita (PAS) turun 5% undi Umno boleh naik 62%,"jelasnya ketika berucap dalam Ceramah Perdana Pasca BERSIH 2.0 di Rusila, 15 Julai.

Sedangkan katanya, pertambahan pengundi muda yang baru yang baru didaftarkan pun tidak sama dengan jumlah pertambahan pengundi dalam tahun 2004.

Beliau menegaskan, dalam keputusan PRU ke-11 itu, terdapat tujuh undi di negeri Terengganu yang tidak boleh disahkan, berbeza dengan jumlah yang terdapat dalam daftar pemilih.

"Dalam kes Terengganu ada tujuh undi yang tidak boleh disahkan, undi dapat tetapi dari segi daftar pemilih tidak ada banyak itu pengundi yang keluar mengundi,

"ada tujuh undi (itu) yang menunjukkan ada dua kali mengundi, satu orang mengundi dua kali atau tiga kali,'tega Husam.

Sebab itu, menurutnya, BERSIH menuntut kepada kerajaan dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) supaya setiap pengundi dicap jarinya menggunakan dakwat kekal.

Dengan itu, katanya, bila seorang pengundi sudah dicap jarinya, akan hanya mengundi sekali sahaja dan tidak boleh mengundi sekali lagi ditempat lain.

Beliau yang juga Ahli Exco kerajaan negeri Kelantan menyatakan, Umno takut untuk melaksanakan tuntutan tersebut kerana sekiranya ia dapat dilaksanakan, Umno akan kalah diseluruh negara.

"Kalau tiap-tiap pengundi (membuang) undi sekali satu orang, Umno akan 'ranap' (di)seluruh negara, ini (sebab) Umno takut, ini talian hayat Umno,"ujarnya.

Beliau menolak hujah Umno yang mendakwa PAS menang dibeberapa negeri dan kawasan adalah bukti menunjukkan pilihanraya berlaku dengan adil.

Sedangkan kata beliau, penipuan terus berlaku dan sedang dilakukan oleh Umno dan SPR khusunya di negeri Selangor pada ketika ini.

Menurutnya, Umno dan SPR akan terus melakukan penipuan akan terus berlaku dan sedang berlaku di negeri Selangor

"penipuan masih berlaku dan penipuan akan terus berlaku besar-besaran, di Selangor sekarang telah didaftarkan puluh ribu orang-orang daripada Sabah dengan I.C (nombor kad pengenalan) 12,"hujahnya.

Katanya, baru pada minggu lalu, PAS telah membantah seramai 660 orang dari Sabah yang diangkut dan didaftarkan di DUN Selat Kelang untuk menjadi pengundi di situ. -buletinonline


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

13 di kuala besut - Google Blog Search

13 di kuala besut - Google Blog Search


MENJADI DIRI KITA SENDIRI: SEPETANG <b>DI KUALA BESUT</b>

Posted: 17 May 2011 08:07 AM PDT


Semilir Timur Laut yang hangat
Kala ribut meninggi di hujung beting
Nelayan kecil culas mencandat
Mentafsir  rezeki  di alunan gelombang
Di jeti ke Pulau Perhentian
Menanti reda ombak di dada
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

ads